Thursday, 16 October 2014

Assignment Pengajian Malaysia

Peristiwa 13 Mei 1969

Nama Pensyarah :-Puan Wahidah Binti Mat Said

Nama Kumpulan :-

1.              Ainol Aizatt Bin Kamarudin  02DKM14F1023   

2.              Muhammad Hafizul Hanif Bin Asaad 02DKM14F1118
3.              Mohammad Iqbal Bin Mohd Helmi 02DKM14F1088
Sesi : June 2014 

Isi Kandungan

1.0         Pengenalan
2.0         Latar Belakang
    2.1   Isu Perkauman Dalam Pilihan3.0   Persepsi4.0   Lokasi Tengku Abdul Semasa Peristiwa 13 Mei    4.1   Megeran    4.2   Rejimen Renjer5.0   Penggung Odean6.0   Rumah Menteri Besar Selangor7.0 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
    7.1   Dasar Pecah Dan Pemerintahan British    7.2   Sistem Pendidikan Yang Berasingan    7.3   Perbezaan Agama Dan Kebudayaan    7.4   Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan    7.5   Persatuan – Persatuan Etenik    7.6   Penduduk Jepun    7.7    Membangkit Soal Sensitif Pada Pilihan Raya Umum 19698.0   Peraakan Kematian Cina9.0   Askar Melayu     9.1   Angka Korban10.0 Pembangkang Merasakan Kemenangan11.0 Kesimpulan12.0 Rujukan13.0 Lampiran  1.0       Pengenalan :        Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. 
2.0       Latar Belakang           2.1       Isu Perkauman Dalam Pilihan Raya 1969                     Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969 
3.0       Persepsi           Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969."Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya . Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman."Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterima kasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung."Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan."Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13' di masa depan, dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia'," kata Lim.
4.0       Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei      Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.             4.1       Mageran               Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.                        Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan


4.2       Rejimen Renjer                    Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina , India , Sikh , Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

5.0       Panggung Odeon         Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Ada 4kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
6.0       Rumah Menteri Besar Selangor       UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.[4] Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. 7.0       Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
7.1       Dasar Pecah Dan Perintah British
            Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan  kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina  digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.  Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.


7.2       Sistem Pendidikan Yang Berasingan
            Sebelum  Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah  empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain.  Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.
 7.3       Perbezaan Agama Dan Kebudayaan
            Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya  masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian.  Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi  penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.


7.4       Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan
            Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun  keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet.  Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati  dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.
  7.5       Persatuan-persatuan Etnik
            Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan  banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.


7.6       Pendudukan Jepun
            Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.  Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang  untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.


7.7       Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum  1969.
            Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang   bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu.   Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.


8.0       Perarakan kematian Cina
        Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
9.0       Askar Melayu       Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.Ramai orang Cina dibunuh dan dihumban ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Kononnya ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

9.1       Angka korban        Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.Statistik tidak rasmi jumlah kematian:Melayu  : 86 orangCina  : 342 orangLain-lain  : 3 orangStatistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
10.0     Pembangkang meraikan kemenangan           Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan


11.0     KESIMPULAN       Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu.Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan. Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalam negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain. 
12.0 Rujukan1.    http://en.wikipedia.org/wiki/13_May_incident_(Malaysia)2.    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/08/keganasan-kaum-cina-dalam-tragedi.html3.    http://www.malaysiakini.com/news/671204.    http://ikanlepu.blogspot.com/2012/08/peristiwa-sebenar-di-sebalik-13-mei-1969.html5.    Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
6.    Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'.  7.    Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today8.    Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History