Peristiwa 13 Mei 1969
Nama Pensyarah :-Puan Wahidah Binti Mat
Said
Nama Kumpulan :-
1.
Ainol
Aizatt Bin Kamarudin 02DKM14F1023
2.
Muhammad
Hafizul Hanif Bin Asaad 02DKM14F1118
3.
Mohammad
Iqbal Bin Mohd Helmi 02DKM14F1088
Sesi : June 2014
Isi
Kandungan
1.0
Pengenalan
2.0
Latar Belakang
2.1 Isu Perkauman Dalam Pilihan3.0 Persepsi4.0 Lokasi Tengku Abdul Semasa Peristiwa
13 Mei 4.1 Megeran 4.2 Rejimen Renjer5.0 Penggung Odean6.0 Rumah Menteri Besar Selangor7.0
Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13
Mei 1969
7.1 Dasar
Pecah Dan Pemerintahan British 7.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan 7.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan 7.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan 7.5 Persatuan – Persatuan Etenik 7.6 Penduduk Jepun 7.7 Membangkit Soal Sensitif Pada Pilihan Raya Umum 19698.0 Peraakan Kematian Cina9.0 Askar Melayu 9.1 Angka Korban10.0 Pembangkang
Merasakan Kemenangan11.0 Kesimpulan12.0 Rujukan13.0 Lampiran 1.0 Pengenalan
: Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi
berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial
masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang
berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya
merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor
yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.
Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi
hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak
meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan
golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah
bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang
nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh
kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali
kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
2.0 Latar Belakang 2.1 Isu Perkauman Dalam Pilihan Raya 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969,
calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969 Parti
Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti
2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat
mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh
pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11
Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak
dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian
tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari
Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui
kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar
orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13
Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei
di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris
telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969
3.0 Persepsi Kalangan
orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat
sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka
pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga
berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga
yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara
komunis China.Pada
tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots
of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan
bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan
dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut
mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang
sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh
"ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat'
untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.Bagaimanapun
ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi
yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.Satu
lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang
dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di
Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969."Saya
masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di
Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya
kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad),"
kata Lim.Pada
hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka
untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih
kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada
pengundi pada sebelah malamnya . Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung
secara aman."Saya
mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat
mengadakan perarakan dan rapat umum berterima kasih kepada pengundi selepas pilihan
raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi
hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon
bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah
diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung."Semasa
saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya
terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata
Lim.Beliau
juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971
setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas
Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan
1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan."Saya
meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli
Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain,
'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk
mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13' di masa depan, dan menghentikan
masalah polarisasi kaum di Malaysia'," kata Lim.
4.0 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa
peristiwa 13 Mei Ketika
itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik
Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. 4.1 Mageran Negara diisytiharkan darurat pada malam
16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah
digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah
undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah
dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah
melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi
tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu
Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara.
Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan
pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan
membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan
4.2 Rejimen Renjer Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung
Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri
dari orang-orang Melayu, Iban, Cina , India , Sikh , Gurkha dan lain-lain turut
menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin
meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa
Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen
Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
5.0 Panggung
Odeon Pemuda-pemuda
Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di
panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan
daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam
panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam
tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan
yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di
Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang
cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh
raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di
atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan.
Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga
cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai
Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah
menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka
melanggar perintah berkurung.Pemuda
yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika
itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena
tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan
Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan
Antonio Isasi-Isasmendi.Abdul
Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur
turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka
pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah
terbunuh di atas jalan.Khabar
angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru
tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu
Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Ada
4kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat,
iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi
kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan
orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah
mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal
kepala orang Cina.Namun
rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah,
Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri
Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma
ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan
mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan
memberi senjata api kepada orang cina.Ada
yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas
hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti
Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama
dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu
masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti
dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan
Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan
melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan
thai.
6.0 Rumah Menteri Besar Selangor UMNO
telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan
terjadinya peristiwa ini.Orang
Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz
di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor
ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul
telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan
daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.Ketika
berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di
Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.[4] Terdapat
cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya
dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin
yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00
petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah
dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah
bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.
Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata
besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Cerita-cerita
seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan
lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah
darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal
dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. 7.0
Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
7.1 Dasar Pecah Dan Perintah British
Pada
Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik
berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka
agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu
mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka
telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang
Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di
bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah
berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas
hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan
prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah
mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
7.2 Sistem
Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai
satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran
pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi
kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india
untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu.
Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana
Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil
dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum
lain yang berteraskan fahaman yang lain.
Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah
menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing
sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat
perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan
perpaduan kaum di Malaysia.
7.3 Perbezaan
Agama Dan Kebudayaan
Perbezaan
budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah
perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum
Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India
beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang
berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh
kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama
lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga
banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan
peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.
7.4 Aktiviti
Ekonomi Yang Berlainan
Masyarakat
Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala
masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka
iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula
bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah
mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang
lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara
tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.
7.5 Persatuan-persatuan
Etnik
Struktur
masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah
melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang
berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak
wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya
memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman
seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum
hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan
kaum yang lain.
7.6
Pendudukan Jepun
Salah
satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa
kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi
sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun
ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang
melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun
juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang
Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika
itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese
Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang
MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan
persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada
13 Mei 1969.
7.7 Membangkitkan
Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969.
Semasa
kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding
telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah
menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah
memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga
parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang
melayu. Tambah memburukkan lagi
keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas
untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak
terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
8.0 Perarakan
kematian Cina
Di
Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada
hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit
Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
9.0 Askar Melayu Akhirnya
Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan
rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar
Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di
sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina
kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.Ramai
orang Cina dibunuh dan dihumban ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang
berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Kononnya ada rakaman televisyen oleh
pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di
tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang
diedarkan mengenai rakaman ini.
9.1 Angka korban Polis dan tentera sedang mengawal
Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati,
439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.Statistik
tidak rasmi jumlah kematian:Melayu : 86 orangCina : 342 orangLain-lain : 3 orangStatistik tersebut tidak begitu tepat
kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat
berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan
Travers waktu itu.
10.0 Pembangkang meraikan kemenangan Peristiwa
ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut
di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam
dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar
Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.Dikatakan
kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang
mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat
Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan
meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan
11.0 KESIMPULAN Peristiwa
13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu.Walaupun
kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada
hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.Menyedari
perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai
langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan
bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di
Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa
perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.Prasangka,
perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan
integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada
tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam
konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap
sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta
tidak dipedulikan. Namun
begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding
dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran
masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah
seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping
itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya
membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalam negara. Ia
seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama
berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik.
Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya
dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang
tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.
12.0 Rujukan1.
http://en.wikipedia.org/wiki/13_May_incident_(Malaysia)2.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/08/keganasan-kaum-cina-dalam-tragedi.html3.
http://www.malaysiakini.com/news/671204.
http://ikanlepu.blogspot.com/2012/08/peristiwa-sebenar-di-sebalik-13-mei-1969.html5.
Ramlah
Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2004.
6.
Tunku
Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. 7.
Leon
Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann
Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13
was not all bad news". Malaysia Today8.
Watershed elections of 1969, 8 August 2007,
Malaysian History
No comments:
Post a Comment